-->

Rabu, 21 Disember 2011

JUST READ AND SMILE :))




Sudah menjadi adat orang bercinta, gaduh ala ala hindustan sudah menjadi kemestian. Cuba anda bayangkan ikatan perkahwinan suami isteri pun boleh terpisah inikan pula pasangan kekasih tanpa sebarang ikatan. Dengan hanya satu sebab, bila cinta itu tidak indah lagi seperti yang diimpikan pada awalnya.
Cinta ini sangat aneh kalau anda hendak tahu. Ianya sangat sukar untuk diterjemahkan. Datangnya bukan dari paksaan dan perginya pula tanpa kerelaan. Kita selalu dengar orang mengatakan cinta kepada seseorang hanyalah cinta sementara dan cinta yang kekal adalah cinta kita kepada-Nya. Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama dan ke arah yang sama iaitu mencari cinta Ilahi agar sesebuah ikatan itu diredhai-Nya.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mengalami situasi seperti ini. Sungguh pahit untuk ditelan dan sakit untuk diubati. Apa yang pasti kecewa akan mengambil alih perasaan itu. Panas yang ku sangkakan hingga ke petang rupanya hujan ditengahari. Nah, tujuh cara mudah untuk atasi kecewa putus cinta!
  1. Dekatkan diri dengan Allah dan perbanyakkan membaca al-Quran untuk ketenangan jiwa
  2. Lakukan seberapa banyak kerja untuk melupakan perasaan sedih
  3. Keluar bersama kawan kawan dan lakukan aktiviti tertentu yang bermanfaat
  4. Tidak menyalahkan diri sendiri dan sentiasa berfikiran positif
  5. Bagi yang berkemampuan, pergi membeli belah bersama keluarga atau kawan kawan
  6. Pergi ke tempat yang dapat menenangkan jiwa anda
  7. Cari seberapa ramai kawan di laman sosial yang boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang
Ada juga yang mengatakan dengan menanam sifat benci terhadap bekas pasangan kekasih kita dengan cara menulis seberapa banyak perkara buruk tentang dia dapat membantu untuk melupakannya. Pada pandangan saya, cara itu adalah silap. Semakin kita benci semakin kuat perasaan itu menguasai anda. Benci tapi rindu terutamanya cinta itu adalah cinta pertama anda.
Walaupun anda sudah berkahwin untuk 40 tahun lamanya, tetapi luka putus cinta anda 41 tahun yang lepas pasti masih terasa. Jadikan diri anda tuan cinta bukannya hamba cinta.
awak,awak sume pun bole try yang kat bawah neyh :))
(1) Dapatkan seseorang- Anda perlu ingat bahawa bukan seorang sahaja yang wujud didalam kehidupan anda. Setiap manusia mempunyai kumpulan atau komuniti yang tersendiri. Dekatkan diri anda bersama mereka, ini adalah untuk mengelakkan daripada anda mengingati kenangan silam. Seorang yang sedang putus cinta juga biasa berada didalam keadaan yang tidak stabil dan cuba elakkan daripada duduk berseorangan.
(2) Buang atau sorokkan sesuatu yang boleh membuatkan anda mengingati mereka kembali- Pendapat pakar psikologi menyatakan bahawa elemen objek atau tempat mampu mempengaruhi seseorang untuk mengingati kembali kenangan mereka. Sekiranya anda sedang menghadapi masalah putus cinta, sebaiknya cuba elakkan daripada terus menyimpan barangan atau pergi ke tempat yang berkaitan dengan bekas pasangan.
(3) Jangan terus melayan perasaan- Ini adalah kesalahan yang paling sering dilakukan oleh seseorang yang sedang putus cinta. Suatu kesedihan harus dilawan walaupun ia amat sukar. Sekiranya anda membiarkan diri anda terus dipengaruhi dengan perasaan sedih, risiko untuk anda melakukan sesuatu kerja yang tidak masuk akal adalah amat tinggi. Sebagai contoh, ketika anda sedih, tidak perlu anda mendengar lagu-lagu sedih untuk terus melayan perasaan anda.
(4) Dekatkan diri dengan agama- Pegangan agama adalah merupakan jalan terbaik untuk seseorang menenangkan jiwa mereka. Ia juga dapat membantu anda untuk melakukan pertimbangan dengan lebih waras. Tetapi bukan anda perlu mendekatkan diri dengan agama apabila anda putus cinta sahaja, sebaiknya setiap kali anda bernafas.
(5) Buka buku kehidupan yang baru- Anda juga perlu memandang sekiranya anda putus cinta dari sudut yang positif. Ini adalah merupakan peluang terbaik untuk anda menumpukan seratus peratus hanya pada diri anda sahaja. Cuba capai matlamat yang mungkin sebelum ini masih tidak tercapai atau cuba lakukan matlamat yang baru. Putus cinta bukan bermakna penghujung untuk kehidupan anda.
                           
 Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi "
diceritakan oleh ceritasimonsterkecil at Rabu, Disember 21, 2011
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

about me

Foto saya
ceritasimonsterkecil
NEVER CRY FOR THE PERSON WHO HURT ME .JUST SMILE N SAYS 'THANX FOR GIVING ME A CHANCE TO FIND SOMEONE BETTER THAN YOU .
Lihat profil lengkap saya

monstermonstermonster

monstermonstermonster
oke .name kite is NUR SYAFFA AQYLAA BT YAAKOP .kite 16 y/o .haa , awak ,awak n awak yang tengah bc tuh bole call me with my nick name jaa like qyla ,aqyla ,adik ,fatin n whatever lah yang awak selase ,yang penting bukan name yang pelikpelik sudah .hehee .i love my family so much .i hve a bff .his name is AMIRUL SYAFIQ .kite jugaa ade 'MONSTER' tau .hehee .nx tahu x sape monster kite .??haa if nak tahu ,bongkar laa blog nih .n u'll find it .muahh !

MY FAMILY

MY FAMILY
haaa ,ni family kite...love sangat sama mereka .kite ada ayah ,ebu n 3 orang kakak yang menyakitkan hati .HAHA .ape2 pun ,diaorang tetap ada dalam hati kite .

MY BESTIE !!

MY BESTIE !!
hik hokk .oke ,mamat kat ats ni adalah pemilik nama AMIRUL SYAFIQ BIN JUMANAH !dia ni BFF kite .kite lg laa sayang gila nak mati kat dy .kami kawan since kinergaten lg .kite x ksh pun org skeliling kite nk cakap ape .cakap lah !ada orang nak mara .??PEDULI lah .even it my boyfie skali pun ,I DONT CARE AT ALL .dy ni orang kepercayaan my parents .so .?cakap ja nk pg mane dgn c dy ni , KOMPOM tros approve .hee .oke ,aku sayang kaw capik .muah !

my beloved .muah !

my beloved .muah !
here, yang kat ats ni suma beloved kite .hehee .kite sayang drang .dorang always ade tok kite .kamu ni sengal skit .kami salu spent time together .kite lepak2 ,pontg class ,tipu cegu ,cabot scola n kite slalu sangat memekak .pape pun ,kauorang tetap ad dlm ati kite .acha,ckin,ayu,bob,wana !

my little boy

my little boy
nih adk ankat kite ,oke !kite sayang banget sama budaa ini .he's a noty boy .hubungan kami tjalin da 3 thun .HAHA .ak suka layan kpale dy .oke dik ,akk jnjy tada adk laen slaen kaw ,DUNIEAKHIRAT ! yang lain kira cancel jaa .-kerek syall aku .haha
heyy all ! mehh2 intai qylaa di laman muka buku ((:

Facebook Badge

NUr Syaffa Aqilah

Create your badge

Arkib Blog

  • ▼  2011 (9)
    • ▼  Disember (9)
      • EN.HATI AKU CAKAP YANG AKU RINDU DY ♥
      • I CANT BE WITH YOU ♥
      • 2011 is my best moment
      • JUST READ AND SMILE :))
      • kau bukan 'JANTAN TAK GUNA' lah b*e ((:
      • INI LAH STORY AKU ABOUT KAU
      • sahabat , rakan dan kesayangan !
      • untuk kesekian kalinya airmata aku jatuh untuk 'di...
      • hati ohh hati !

MY DREAM !

BELOG SI MONSTER KECIL
GET STRAIGHT A'S IN SPM
HP C3-o0 colour purplr
DRIVING LICENSE D
dapat bersatu with my beloved ACHAAHUEYKINWANABOB
FIND SOMEONE WHO UNDERSTAND MY ALL
MORE KOREAN MOVIE IN LAPPY
i want married with :))
COLLECT MY OWN NOVEL UNTIL 30
NIKON D60

heyy there ! shout here maa !

Pengikut

glitter-graphics.com

im adore with this !

Taylor Swift - Mine

tik tok aqylaa

:)


Get this widget here
story of monster kecil. Tema Tetingkap Gambar. Dikuasakan oleh Blogger.